Bila mana
saya berpijak di atas bumi yang nyata keseorangan..
Hati saya
berbisik..
apa yang aku pijak n apa yang aku lihat di depan mata ku sekarang ini
Cuma lah
sesuatu yang kita katakan dunia..
Langit yang
luas terbentang yang pernah saya katakan seperti mana kasih saya itu akan
runtuh bila tiba saatnya..
Lantai bumi
yang saya pijak selangkah demi selangkah akan retak
Dan
bangunan-bangunan pencakar langit yang teguh berdiri akan runtuh jua setelah
sampai detiknya..
Hati saya
berbisik lagi..
Jauh merenung gumpulan-gumpulan awan di langit..
“ Ya Tuhan, janganlah kau lalaikan aku dengan
dunia yang jelas aku dapat melihatnya dengan nikmat mataku saat ini sebaliknya
kuatkanlah hati ini supaya aku teguh mencari syurgaMu walaupun aku masih tidak
melihatnya tetapi aku taw ia ada kerna aku tahu kau ada di langit sana
melihatku di sini dan sesungguhnya aku percaya janji-janjiMu itu benar..”
Setiap kali
saya melihat keindahannya
setiap kali itu hati saya selalu berbisik..
kerna saya
takut dengan semua benda yang saya rasa ada sekarang ini
membuatkan saya jatuh dalam satu
kelalaian
iaitu kelalaian dunia..
Sesungguhnya Allah Swt telah memberikan kita 2
nikmat yang besar..
Iaitu
nikmat untuk melihat dan juga mendengar..
kerna dua nikmat ini akan membawa kita
kepada kebenaran
jika kita gunakannya
kearah jalan yang benar..
namun alangkah ruginya dan rosaknya hati seorang
manusia ciptaanNya
jika nikmat yang sungguh hebat ini kita bawa ia kearah
kerosakan..
Hari ini
saya masih bersyukur
kerna masih mampu melihat keindahan langit yang luas
dan
lautan yang biru yang sangat mendamaikan..
peristiwa yang berlaku pada diri saya
mengajar saya beribu makna yang mendalam..
saat saya tidak boleh melihat kerna
kesakitan
walaupun hanya dalam masa beberapa minit..
mata saya masih tak mampu
terbuka..
dunia saya jadi gelap..
saya tak nampak apa-apa..
hanya mampu
mendengar..
saya takut jika saat itu
menjadi saat saya hilangnya sebuah nikmat yang besar..
masihkah saya mampu
melihat langit dan lautan yang menenangkan jiwa saya..?
Tapi hari ini saya
masih bersyukur
kerna saya masih melihat awan yang biru..
Alhamdulillah
Kadang-kadang
Allah hadirkan kita beribu-ribu ruang
untuk kita ambil pengajaran dengan apa
yang berlaku di sekeliling kita..
tapi pernahkah kita sedar?
Kita tak pernah
sedar
sebab dalam hati kita cuma ada dunia
yang jelas depan mata kita dan rasai
sekarang ini bukan?
tanya hati anda cuma ada perkara-perkara DUNIA je
bukan?
Pernah kita beri ruang dalam hati
kita
untuk fikirkan apa hikmah dan pengajarannya dari setiap kejadian..?
kadang-kadang saya rasa manusia ini terlalu kejam..
bila kita ditimpa musibah
atau kesakitan
barulah kita sibuk merintih
“ Ya Allah, Tolong aku!”
tapi bila
kita kecapi nikmat kita angkuh..
tapi hakikatnya Allah sedang merindui kita
bila
mana dia timpakan kita musibah..
kerna dia rindu untuk mendengar kita merintih
kepadaNya..
Hidup ini
atas pilihan kita..
Mengapa?
kerna kita adalah arkitek yang melakarkan corak kehidupan kita sendiri
analoginya seolah-olah macam pegi shopping..
kita sentiasa
nak dapatkan yang terbaik bila kita pilih sesuatu untuk diri kita bukan..
benda
tu mesti cantik, tiada cacat-cela..
Tidakkah
begitu?
Namun bila mana harus memilih
kita sentiasa digariskan dengan panduan dalam memilih y terbaik..
contohnya macam nak pilih baju la senang katakan..
nak
memilih baju mesti panduannya baju yang kita pilih itu selesa..
betul tak?
Begitu juga dengan hidup yang sedang alami saat ini..
Dalam menentukan pilihan
yang terbaik untuk hidup kita
Allah gariskan panduan yang sungguh benar..
tiada
keraguan..
iaitu Al Quranul Karim..
kekalnya hingga ke hari kiamat..
tidakkah anda
rasa Allah itu terlalu sayangkan kita?
Kekalnya ia hingga ke hari kiamat!!!!
Selagi mana bumi ini masih belum musnah
Allah masih berikan kita panduan
sebagai hamba-hambaNya
supaya kita kembali jika mana kita tersasar..
Subhanallah..
kasih sayang Allah terlalu hebat
tapi pernahkah kita berfikir tentangnya?
Kita
sendiri yang pilih jalan mana kita nak lalui..
nak sampai
ke destinasi utama kita iaitu syurga
dengan berdasarkan Al Quran sebagai peta nya
atau
sesat ke neraka kerna angkuh tanpa panduannya..?
Fikir-fikirkan sejenak..
hidup ini
kita yang pilih nak dengan cara mana..
tiada alasan untuk kita kata apa yang aku
lalui ini satu keterpaksaan..
sebagai contoh alasan,
family aku caranya sudah begini bagaimana aku
nak berubah..
kita sendiri yang pilih..
kita nak terus masih dalam takuk yang
lama
yang menuju kepada satu jalan yang SESAT
atau cepat-cepat mencari jalan
untuk kembali ke satu jalan yang LURUS
untuk sampai ke destinasi yang dituju
iaitu bagi meraih syurga
Allah..
kita sendiri yang pilih..
saya respect orang yang boleh teguh berada
dalam satu kebenaran
walaupun di sekelilingnya sudah hampir goyah
imannya..
sebagai contoh sebuah family yang sedang sibuk utk bershopping
dan tak
pernah kisah waktu apa,tuntutan solat bagaimana
tapi bila mana masuknya waktu
solat..
tiba2 seorang anaknya berkata..
“
jap..adik nak solat dulu”
dan terus pergi ke surau untuk menghadap illahi..
lihat!
walaupun dia berada dalam satu komuniti yang berbeza
tapi dia memilih kepada
kebenaran
kerna dia sedar tanggungjawabnya kepada Tuhan lebih utama..
dan itu
pilihannya..
tapi boleh saja kan kalau
budak tu memilih just nak buat tahu ja da masuk waktu ke ape..
sebab dgn alasannya family dia pun tak pernah kisah..
tapi jika itu pilihannya jelas ia membawa kepada kesesatan..
jadi salah
la kalau kita bagi alasan
yang masih tak sampai seru lagi la..
sebab hidup ni
kita sendiri pilih bagaimana kita nak laluinya..
hakikatnya orang tu sendiri
yang memilih utk terus berada dalam jalan yang sesat
dan tak nak u-turn utk ke
jalan yang benar..
n jangan
pernah cuba salahkan panduan yang disediakan untuk kita
kononnya panduan tu tak
betul la tersalah la..
jika kita cuba bertindak begitu sebenarnya
kita sedang
berada pada satu dasar yang salah..
kerna panduan yang disediakan untuk kita
adalah terjamin kebenarannya
kerna ia datang daripada Allah SWT..
pencipta
segala yang ada di dunia yang kita lihat dengan mata kita kini..
apa yang datang
daripada Allah adalah benar..
kerna janji-janji Allah adalah benar..
dan
sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu
secara
analoginya, cuba lihat gambar di bawah ini..
agaknya-agaknya
apa ye yang saya lukis dalam gambar kat atas ni?
Mesti banyak jawapan kan bermain dalam
kepala..
bola,batu..n banyak lagi..
tetapi macam mana kalau saya cakap jawapannye adalah kuih pau..
Mesti ada
yang akan rasa macam pelik kan..
tapi saya lebih tahu apa yang saya cuba nak
lukis kerna ni lukisan saya
Begitulah
aturan Allah SWT..
Allah jua lah yang menciptakan kita..
dan sesungguhnya Allah
lebih mengetahui apa yang terbaik
utk diri kita hamba-hambaNya..
setiap
larangan, perintah yang Allah berikan
dalam kitab panduan yang jelas kita nampak dengan mata
dan ada dengan kita sekarang
mungkin ada hikmah di
sebaliknya
kerna Allah lebih mengetahui
segala sesuatu..
Memilihlah
yang terbaik untuk hidup kita..
jangan kita pengaruhkan diri kita dengan keadaan
sekeliling
yang akan membawa kita kepada kelalaian..
dan ingatlah yang nak berjaya
tu kita
bukan orang lain..
yang nak mati nnt pun kita
bukan orang lain..
dan mati esok pun sorang-sorang..
masuk dalam kubur
pun sorang-sorang..
jadi kita pilihlah kita mahu mati
dalam menuju kejayaan atau
mati dalam kesesatan...
bermuhasabahlah diri..
adakah kita sudah menjadi arkitek terbaik
mencorakkan kehidupan yang terbaik
berdasarkan Al Quranul Karim sebagai panduan?